Ok... dah lama rasenya aku xupdate pun blog ni. Yeahh, aku bukan pemblog tegar, walaupun aku suke baca blog org. Tiap-tiap hari mesti aku blog walking. Ohh, opis sudah block semua 'entertainment/chat etc' termasuklah blogspot. Nasib baik waktu lunch dan selepas opis hour dorang onkan balik. So, petang-petang confirm akan blogwalking walau tak sempat semua.
Perkembangan diri?? Adaaaa. Tapi aku bukan mengandung, cume mengandungi lemak je. Hehe. Konon-konon nak diet, biar xdela malu sangat nak tunjuk perut kat Dr atau tukang urut. Ohh, boleh pulak ke situ. Situp beberapa hari, pastu stop. Feeling takut pregnant tapi nan ado. Maybe aku tension sangat sebab tu tension je, aku makan.
Hari ni first period. Yeahhhh, sebenarnya aku tak sangka period hari ni. Setelah disemak, cepat satu hari rupenya. Perasaan? Menangis sebab 'baby' tak nak jumpe aku lagi. Tambah-tambah bila aku tengok semakin ramai yang berjaya pregnant bulan ni. Ingat nak masukkan nama aku sekali, tapi xberkesempatan pulak.
Husband pun tak tau yang aku period. Nak sangat bitau dia yang aku period, nanges-nanges pastu kene pujuk ngan husband. Tapi... husband bukan jenis camtu. Dah cukup baik bila aku ajak gi klinik dia ikut je. Kalau dia tak nak pegi, tak taula apa aku nak buat.
So, setelah aku menangguhkan treatment sbb bizi dengan keje dan bercuti, aku suarakan hasrat hati untuk sambung treatment. Tapi husband jawab "Bulan 3". Ohhhh, kecik hati aku. Pujuk hati nasib baik husband cakap Bulan 3, kalau tahun depan.
Kalau betul bulan 3, maknenya bulan ni last untuk aku berusaha secara natural. Lepas ni, aku kene kuatkan hati untuk start treatment. Lau husband bizi, aku sanggup pegi sorang je. Dengan harapan husband berada dalam mood ok masa waktu subur aku. Aminnnn, permudahkanlah urusan hambamu Ya Allah.
Mohegan Sun Pocono - Ticket Price, Address & Reviews - KT-TV
ReplyDeleteMohegan Sun Pocono 고양 출장샵 in Wilkes-Barre is a 안산 출장샵 Wedding Venue in Wilkes-Barre, 동두천 출장마사지 PA. View the ✓menu, ⏰hours, ☎️phone number, address, Rating: 4.3 영천 출장샵 · 13 공주 출장안마 reviews · Price range: $$$