Ok... dah lama rasenya aku xupdate pun blog ni. Yeahh, aku bukan pemblog tegar, walaupun aku suke baca blog org. Tiap-tiap hari mesti aku blog walking. Ohh, opis sudah block semua 'entertainment/chat etc' termasuklah blogspot. Nasib baik waktu lunch dan selepas opis hour dorang onkan balik. So, petang-petang confirm akan blogwalking walau tak sempat semua.
Perkembangan diri?? Adaaaa. Tapi aku bukan mengandung, cume mengandungi lemak je. Hehe. Konon-konon nak diet, biar xdela malu sangat nak tunjuk perut kat Dr atau tukang urut. Ohh, boleh pulak ke situ. Situp beberapa hari, pastu stop. Feeling takut pregnant tapi nan ado. Maybe aku tension sangat sebab tu tension je, aku makan.
Hari ni first period. Yeahhhh, sebenarnya aku tak sangka period hari ni. Setelah disemak, cepat satu hari rupenya. Perasaan? Menangis sebab 'baby' tak nak jumpe aku lagi. Tambah-tambah bila aku tengok semakin ramai yang berjaya pregnant bulan ni. Ingat nak masukkan nama aku sekali, tapi xberkesempatan pulak.
Husband pun tak tau yang aku period. Nak sangat bitau dia yang aku period, nanges-nanges pastu kene pujuk ngan husband. Tapi... husband bukan jenis camtu. Dah cukup baik bila aku ajak gi klinik dia ikut je. Kalau dia tak nak pegi, tak taula apa aku nak buat.
So, setelah aku menangguhkan treatment sbb bizi dengan keje dan bercuti, aku suarakan hasrat hati untuk sambung treatment. Tapi husband jawab "Bulan 3". Ohhhh, kecik hati aku. Pujuk hati nasib baik husband cakap Bulan 3, kalau tahun depan.
Kalau betul bulan 3, maknenya bulan ni last untuk aku berusaha secara natural. Lepas ni, aku kene kuatkan hati untuk start treatment. Lau husband bizi, aku sanggup pegi sorang je. Dengan harapan husband berada dalam mood ok masa waktu subur aku. Aminnnn, permudahkanlah urusan hambamu Ya Allah.
This is my story
Sunday, 26 February 2012
Sunday, 1 January 2012
Selamat Datang 2012
Assalamualaikum,
Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012...
Azam tahun baru saya adalah untuk menjadi seorang ibu. Amin yarabbal -alamin
Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Pewaris Yang Paling Baik” (Q.S. Al-Anbiyaa : 89).
Selamat Tinggal 2011, Selamat Datang 2012...
Azam tahun baru saya adalah untuk menjadi seorang ibu. Amin yarabbal -alamin
Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Pewaris Yang Paling Baik” (Q.S. Al-Anbiyaa : 89).
Monday, 28 November 2011
2nd Appointment
Aku nanges gile-gile lam kete bila first day period. Ntahla, rase sedih sgt kali ni. Mungkin sbb aku berharap sgt. Fyi, dari fertility friend, aku kesan aku ovulate pada 15th day. Sepanjang 17 bulan aku TTC aku tak penah lepas DPO 14hari. Cuma sekali je la masa aku accident awal tahun. Tak taulah maybe dh banyak sgt ubat lam badan dan aku tak amik BBT sejak accident.
Nak dijadikan cerita, bulan ni aku dh sampai DPO 16. Maybe sbb tu aku menangis giler bila aku period. Sbb x pernah lepas DPO 14, so terlebih berharap.
Kali ni aku tak breakfast kat rumah. Bangun tido, terus gi klinik. Dapat no 8. Yeayy, ade peningkatan. Pukul 10.30 camtu, staf keluar utk bitau Dr stop 15-30 minit sbb ade kes bersalin. Kali ni aku tak cuti pun, bajet leh sampai sblm tengahari. Tak sangka lak ade kes bersalin. Trus kepala berangan, “Ohh, bestnye lau org yg bersalin tu aku”
Result test semua dah keluar. So far, kami suami isteri takde masalah. Dr bagi kelonggaran nk proceed treatment (mkn clomid) atau nk try conceive natural. Aku keluar dr klinik diskas ngan husband. Husband suggest tggu next year. Aku??? Lam hati ckp jom buat skarng gak. Tak sanggup aku nk tggu lama. Huhuhu. Keputusan semua di tangan aku. Geram aku bila aku aku kene decide. Ok, next month maybe aku kene gi outstation 2mggu sbb keje. Awal bulan 2 pulak mmg dh plan nk bercuti Ya Allah, berat utk aku ckp nk postpone next year. Nak nanges pun ade.
Silap aku plan nk bercuti raye Cine next year. Aku tanye Dr, lau nk skip2 treatment ok ke. Dr ckp dia tak galakkan. Sbb aku plan dh lama nk gi bercuti. Selama 2tahun ni aku xpenah pegi mana2 dengan alasan aku takut aku pregnant. Tak nak buang duit lau bila time waktunye, aku xleh pegi lak. Tapi kali ni aku nekad nk bercuti lau pun di Malaysia sahaja. Sbb aku rase dh banyak kali aku xnak pegi sbb takut pregnant. Aku tak nakla sia2 treatment yg aku amik ni.
At last (dgn sore terketar2) aku jawab kite start treatment tahun depan lepas bercuti. Masa tu aku takkan gi memana pun. Aku akan make sure setiap kali cycle (lau xberjaya) aku akan berada di sini. No extra time, no hard work, no working on weekend
Think positive… Around this 3 month, relax my mind from TTC. Tapi 3 month ni, aku nk makan segala ubat/petua utk mengandung. Aku jugak plan nk berurut pada waktu terdekat ni. Mana tau ade rezeki aku tanpa pertolongan ubat. Kurang sket bajet aku on fertility treatement ni. Insyallahhhhhh
Consultation : RM90
Sunday, 27 November 2011
HSG at KPJ Kajang
Aku kol KPJ Kajang, tanye dia camner nk register utk HSG. Dorang bitau Dr lelaki. Erkkkk, aritu Dr Fatimah bitau Dr tu pompuan. Bila aku tau lelaki, terus aku ckp nanti akan confirmkan balik. Aku tanye husband, husband suruh kol balik Annur, bil yg kitorang bayar tu dh skali ngan HSG atau tak. Then Annur ckp HSG kene bayar sendiri dan boleh buat kt mana2 je, ujian air m**i dh bayar skali.
Sbb masa 1st appointment mmg aku ngah period, so aku takde masa yg lama utk set HSG. Aku nk buat secepat yg boleh sbb aku nk sgt pregnant. Aku kol KPMC Puchong, dorang suh aku jupe Dr dulu. Alaaa, lau nk jupe Dr mesti kene bayar consultation lagi. Tak tau bape RM. So, husband decide gi je KPJ Kajang. Husband msg “Lau Dr tu lebih2, bitau saya. Sy sepak k**e dia” wakakkakaka
So, terus kol KPJ Kajang dan set HSG utk esoknye 1/11/11. Pagi2 aku dh terpacak kt KPJ Kajang. Takut jgn citer la. Sampai je aku carik toilet dulu. Buang segala yg ade. Takut sebenarnya. Mulut kumat kamit zikir. Staf panggil aku, nk terangkan camner test tapi buat2 denga je. (Aku tak nak tgk alat dia, nanti lagi takut). Aku pesan kat staf tu utk borak2 ngan aku masa Dr wat ujian.
Pastu aku tukar baju. Gi toilet lagi, sampai pintu bilik kene ketuk. Takut punye pasal. Aduhaiiiiiii. Aku dh banyak sgt baca kt internet pengalaman wat HSG. Tapi satu je yg aku pegang, demi anak aku sanggup buat segala ujian.
Dr masuk tanye aku dh penah wat pap smear ke lom. Aku jawab belum. Dah pernah mengandung? Aku jawab belum. Masa Dr masukka tiub tu, aku leh tahan lagi. Mulut mmg tal henti2 zikir. Aku ingat tu je. Lam ati, ohhh Alhamdulillah xsakit sgt. Tapi pastu Dr ckp dia nk masukkan apa tah, aku tak denga sgt. “Senak sket ye”. Ya Allah, senak dr yg tadi. Aku rase Dr masukkan dye kot. Kaki aku macam nk jatuh sbb takde tempat nk tahan. Staf dia pulak duk ckp relax ye puan, sket lagi. Serius xsakit sgt. Cume senak je la aku rase. Ade jugak la setitik dua air mata aku mengalir. Then Dr ckp “Ok, Nampak 22 tiub ok”. Aku xdenga sgt sbb hanya harap cepat abis.
Penat aku pesan staf tu borak ngan aku, tapi dia duk tolong Dr suluhkan lampu lak. Takpela, sib baik prosedur tu kejap sngat je. Staf tu ckp tiub aku dua2 ok. Alhamdulillah. Aku tanye staf tu, dh ke? Dia jawab “Dh. Duk luar, tggu dorang panggil”. Aikkk, Dr tu xterangkan apa2 ke kat aku?
Sengal2 jugak la aku jalan ke husband. Sambil senyum2 sbb nk cover malu. Cehhh, macamla org tau aku wat HSG :D Husband tanya Dr yg mana tadi sbb dia leh nampak sape yg keluar masuk bilik tu. Aku jawab lelaki dh tua. Full stop. Iyeee.. aku tak tau nama, tak tgk muke. Masa Dr tu masuk, aku xpandang sgt sbb malu
Lepas tu terus breakfast kt café situ jugak. Husband gelakkan aku sbb jalan kengkang. Eh, aku rase sama je. Cume aku jalan slow la. Rase mcm bleeding, trus carik toilet. Bila check, takde apa2 lak. Ohhh, perasaan.Pengalaman selepas HSG :
Ohhh, bleeding sket je pas sampai umah. Adala lam 2 hari. Tapi tadela bleeding sepanjang masa. Kadang-kadang ade, tapi aku leh ckp sket sgtla. So far, aku puas ati buat HSG tu. Adakah aku salah seorang yg xsakit? Atau aku leh tahan saket? Ntahla… tapi Alhamdulillah.
HSG : RM200
Proses : RM3
Selepas HSG
Aku search macam2 kat internet. Ade yg berjaya pregnant selepas HSG, ade yang tak ovulation, ade yang lambat period. Aku tgg je keadaan camner. Lam hati, berdoa semoga aku tak perlu dtg klinik utk 2nd day period. Ewaahh, bajet tiub ok leh terus pregnant.
Ingat bila aku ckp p****g aku keluar susu? Tu pun aku search jugak. Drpada aku bajet stress, terus aku takut hormon aku tak stabil. Mana tau hormone prolaktin aku tggi. Sbb dr pembacaan aku, hormone yg xbalance pun salah satu punca kesukaran mengandung.
Daripada aku happy tiub ok, trus aku jadi takut. Takut lau hormone aku xstabil. Haishhh… susahnye jadi perempuan….
First Appoinment (27/10/2011)
Ok, Setelah berbulan aku ckp nak gi checkup, baru kali ni aku betul2 kol klinik. Tarikh checkup 20/10/2011. Tapi bila nk sampai date, husband ade training pulak. So, kitorang terpaksa postpone the next week. Kebetulan haritu mmg aku 5th day period.
Aku pilih Annur sbb husband yg nk gi situ. Husband mmg tak suke gi government sbb xnak lambat. Okla, aku ikut je sbb dia nk gi checkup pun dh cukup baik.
Start open klinik kul 10. So, aku sampai kul 9.30 (bajet klinik swasta org xramai). Mana aku tau org sangatttt ramai. Dpt no 12, purata seorang pesakit 10 minit. Aku yg takut2 gi la minum dulu padahal dh breakfast kat umah. Dah penat duk kat kedai, aku masuk klinik. Lama gile tggu..
First amik tekanan darah, timbang berat dan ukur tinggi. 2 kali aku amik BP sbb tggi. Nurse tanye takut ke? Aku senyum je la. Laupun aku dtg sbb nk check je, tapi aku tetap takut. Asal masuk klinik je, perut dah kecut.
Around 1.30 baru nama aku dipanggil. Dr ok je… Rasenye bagi first time, soklan2 wajib akan ditanya. Laupun aku dh agak, aku jawab je la. Pastu Dr suh aku baring nk scan katanya. First dia picit p****g aku. Errrr…. Keluar s**u kt dua-dua belah. Dr tanye aku stress ke? Aku senyap je sbb aku pun xtau aku stress ke tak. Bagi aku masa g klinik aritu aku xstress tapi takut je. Takut nk dpt tau apa yg tak kena ngan diri ni. Dr ckp air s**u leh keluar bila kite stress. “Ni kalau amik anak angkat ni, cepat je nk ransang susu ni”
Then Dr scan perut. Alahai, bila tgk monitor aku jadi sebak. Bayangkan ade baby lam perut. Uhuksss. Dr tunjuk ni rahim awak. Ohhh, rahim awak kebelakang. Arghhh, aku dh agak cume nk dptkan kepastian je. “Ok, yg ni pulak kilang sblah kiri, good. Yang ni sblah kanan, looks good.” Dr ckp utk tau apa masalah aku, kene wat ujian dulu. So, jap lagi nurse akan amik darah aku, tulis refer letter utk wat HSG ngan ujian air m**I bagi suami.
Then tggu nama utk dptkan surat pastu gi bayar. Next checkup pada 2nd day period.
Ubat : Asid Folik dan Vitamin B Kompleks (utk sebulan)
Scan : RM60
Bil : RM 650
Tuesday, 22 November 2011
Bismillah....
Dengan lafaz bismillahirahmanirahim....
Bermulalah perjalanan blog TTC aku. Aku xpenah ade blog tp aku rajin baca blog. Tgk je kt list favourite, selambak keluar macam2 folder.
Untuk org yg xpenah ade blog, aku mmg xpandai nk guna lagi. Ni first time buat ni. hehe.. Kenape create blog? Sbb aku takde tempat nk luahkan perasaan. Kenape arini boleh tercreate blog? Ekceli dh sebulan aku nk create tp x create jugak. Sbb arini first day period, mood xberapa nk stabil, pas lunch terus create blog.
Okla.. sbenarnya ni opis hour. Nk tulis panjang, tapi tetiba tak tau nk tulis pe. Baru aku paham camne bloger lain ketandusan idea. hehe. Jom kite wat keje dulu...
Bermulalah perjalanan blog TTC aku. Aku xpenah ade blog tp aku rajin baca blog. Tgk je kt list favourite, selambak keluar macam2 folder.
Untuk org yg xpenah ade blog, aku mmg xpandai nk guna lagi. Ni first time buat ni. hehe.. Kenape create blog? Sbb aku takde tempat nk luahkan perasaan. Kenape arini boleh tercreate blog? Ekceli dh sebulan aku nk create tp x create jugak. Sbb arini first day period, mood xberapa nk stabil, pas lunch terus create blog.
Okla.. sbenarnya ni opis hour. Nk tulis panjang, tapi tetiba tak tau nk tulis pe. Baru aku paham camne bloger lain ketandusan idea. hehe. Jom kite wat keje dulu...
Subscribe to:
Posts (Atom)